Muhammad
Al-Fateh- Sebaik-baik Pemimpin
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan Kota
konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,”
Begitulah kata-kata Syeikh Syamsuddin
Al Wali sambil menunjuk Muhammad Al-Fateh yang masih lagi dalam buaian.
Muhammad Al-Fateh (Sultan Muhammad II) telah menaiki takhta daripada ayahnya,
Sultan Murad sejak berumur 19 tahun lagi. Sewaktu beliau mula-mula menaiki
takhta, ramai pembesar dan rakyat mula ragu-ragu tentang kredibiliti serta
kemahiran beliau memimpin memandangkan dia baru berusia belasan tahun. Keadaan
ini telah dianggap peluang keemasaan untuk pihak musuh menyerang tetapi
ternyata Muhammad Al-Fateh bukan sahaja bijak dalam pentadbiran malah dalam
strategi peperangan.
Muhammad Al-Fateh sejak dari kecil lagi
diasuh untuk mengekang nafsu dan untuk hidup susah oleh gurunya Syeikh
Syamsuddin Al Wali untuk membentuk kekuatan dan ketabahan dalam diri Muhammad
Al-Fateh. Pernah suatu ketika gurunya sengaja merotan Muhammad Al-Fateh dengan
teruk tanpa sebab dan tanpa sebarang kesalahan. Selepas puas dirotan, gurunya
menerangkan begitulah perasaan orang dizalimi dan orang yang tidak mendapat
keadilan sepatutnya. Sejak dari itu, Muhammad Al-fateh belajar perasaan belas
kasihan dan sentiasa adil dan saksama antara manusia.
Sultan Muhammad Al-Fateh juga mengajar
rakyat-rakyatnya agar taat pada perintah Allah dan beliau sering mendidik
rohani para tentera serta rakyat-rakyatnya. Pernah suatu hari , dalam
perjalanan untuk menuju ke Constantinople , Tentera Uthmaniyah dibawah Sultan
Muhammad al-Fateh telah melalui sebuah ladang anggur yang besar. Anggur-anggur
dalam ladang itu sedang masak ranum. Sebelum melalui ladang itu , Sultan
Muhammad Al-Fateh mengingatkan tentera-tenteranya agar jangan diambil anggur
itu . Perjalanan diteruskan hinggalah tiba disuatu tempat rehat dan khemah
didirikan. Tiba-tiba, pembantu Muhammad Al-Fateh keluar dari khemah itu dan
meminta semua tentera berkumpul. Dia memberitahu pada semua tentera bahawa Sultan
Muhammad Al-Fateh gering dan tenat. Ubatnya menurut tabib adalah sebiji
anggur.Jika tiada anggur untuk berubat , mungkin sultan akan mangkat. Pembantu
tadi meminta pada semua tentera jika mereka ada anggur untuk mengubati sakit
tuan mereka.
Tentera mereka cemas dan gelisah. Tiada
seorangpun diantara ribuan tentera mempunyai walaupun sebiji anggur. Ketika
itu, tahulah Muhammad Al-Fateh bahawa bukan sahaja tentera-tenteranya hebat
dari segi fizikal dan dalam peperangan , malah rohani mereka juga hebat. Ternyata
seorangpun dari tenteranya tidak mengingkari perintahnya. Kemudian, keluarlah
Sultan Muhammad Al-Fateh dari khemahnya dan memuji tenteranya serta memberitahu
berita itu sekadar ujian. Begitulah hebatnya Sultan Muhammad al-Fateh serta
tentera-tenteranya.
Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W. :
“Konstantinopel
akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tenteranya
sebaik-baik tentera, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
Hadis ini telah diungkapkan Rasulullah SAW lebih kurang 800 tahun sebelum
kelahiran Muhammad Al-Fateh.”
Constantinople adalah sebuah ibu
kota empayar Byzantine. Ketika itu Constantinople adalah antara kota terkuat ,
terbesar dan terkaya di dunia. Ramai yang beranggapan terlalu mustahil untuk
menakluki kota tersebut memandangkan kekuatan kubu serta sistem pertahanan dan
juga faktor geografi lain.
Sebelum kelahiran Muhammad Al-Fateh,
kota ini telah banyak kali cuba ditawan oleh kuasa lain tetapi gagal dan mampu
bertahan lebih 1000 tahun. Sistem pertahanan kota ini memang menakjubkan dan
amat sukar ditembusi musuh musuh. Menyedari hakikat ini, Sultan Muhammad
Al-Fateh telah merancang dengan teliti strategi dan taktik untuk menakluk kota
ini. Strategi dan taktik perang Sultan Muhammad Al-Fateh telah diakui barat
sehingga hari ini, dan antara taktik perang yang hebat dan bijak serta unik.
Untuk mengawal dan mempertahankan wilayahnya dari mana-mana ancaman musuh,
Sultan Muhammad Al-Fateh terlebih dulu membina sebuah tembok untuk tujuan
keselamatan. Tembok itu digelar sebagai Rumeli Hisari.
Dalam proses pembinaan tembok ini,
Pemerintah Constantinople bertindak jahat mengarahkan ratusan askarnya
merobohkan tembok ini diwaktu malam. Namun Sultan Muhammad tidak putus asa.
Pembinaan tembok itu tetap diteruskan. Sultan Muhammad Al-Fatih juga turut sama
membantu mengangkat batu dan membuat kerja buruh lain dalam pembinaan tembok
ini. Ini sekali gus memaksa semua pembesar-pembesar dan ulama- ulama untuk
turut serta membantu pembinaan.
Suatu hari, Sultan Muhammad mendengar
tentang seorang pembuat meriam yang mahir dan handal bernama urban. Tetapi
malangnya Urban ketika itu dikurungkan dalam penjara oleh pemerintah
Constantinople oleh sebab keenganan beliau untuk bekerja sama dengan pemerintah
Constantinople yang amat zalim pada rakyatnya. Sultan Muhammad Al-Fateh telah
menghantar perisik untuk mengukur tembok, keluasan sungai dan struktur kota itu
. Berbekalkan ukuran tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan agar
terowong bawah tanah digali menuju ke bilik penjara Urban. Urban berjaya
dikeluarkan. Urban telah bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Uthmaniyah dan
telah mencipta meriam yang paling canggih dan paling kuat ketika itu.
“Dikatakan bahawa berat bola
meriam itu sahaja sudah melebihi 300 KG dan bunyi letupan meriam itu boleh
didengari sejauh 5 kilometer.”
Berbekalkan semangat
jihad, Tentera Uthmaniah bergerak ingin menakluki kota Constantinople. Tentera
islam ketika itu terbahagi kepada tentera darat dan tentera laut.
Sesampainya Tentera Uthmaniyah dihadapan
kota constantinople, meriam yang besar pun dihalakan pada tembok Kota
Constantinople yang utuh. Tembok Constantinople merupakan tembok yang stabil
dan sukar ditembusi oleh mana-mana peluru meriam kerana ketebalan dan terdapat
dua lapisan tembok. Sesudah itu, utusan dihantar menghadap pemerintah
Constantinople untuk menawarkan agar Constantinople diserahkan secara aman
tanpa sebarang pertumpahan darah, namun pemerintah Constantinople enggan dan
memilih peperangan .
Pada subuh esok hari, Meriam tentera Muslim
dilancarkan. Ternyata meriam ini dapat merosakkan tembok ini dengan
meninggalkan kesan sedalam enam kaki. Meriam dilancar bertalu-talu. Dengan
harapan agar tembok Constantinople runtuh dan dapat ditembusi .
Kepungan Tentera Uthmaniah belum
lengkap lagi tanpa kehadiran sokongan tentera laut . Kapal-kapal Tentera Islam
tidak dapat masuk kedalam perairan tanjung emas (golden horn) kerana
terdapatnya rantai besi yang panjang menghalang laluan kapal asing. Rantai ini
cuba dimusnahkan oleh tentera islam dengan meriam dan gergaji tetapi masih
gagal. Dalam masa yang sama, meriam-meriam tentera muslim masih dilancarkan
pada tembok-tembok kota. Meriam ini mengambil masa 3-4 jam untuk sejuk dan
boleh digunakan semula..
Satu malam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat
idea yang teramat luar biasa untuk memindahkan kapal-kapal laut kedalam
perairan Tanjung Emas (Golden Horn) untuk membantu serangan tentera darat.
Malam itu, kayu-kayu ditebang dan dijadikan landasan, dalam keadaan hujan yang
renyai, Tentera Islam memindahkan kapal-kapal merentasi bukit untuk memasuki
perairan tanjung emas.
“Maha suci Allah ,dalam satu malam 70 kapal perang berjaya
dipindahkan kedalam Tanjung Emas.”
Keesokan paginya , penduduk
Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nashid tentera Islam.
Mereka tidak dapat menyangka dan tidak percaya kapal-kapal Tentera Islam dapat
masuk ke Tanjung Emas tanpa merosakkan rantai besi yang mengawal lalu lintas di
tanjung itu. Ada diantara tentera Constantinople menganggap mereka menggunakan
bantuan syaitan dan jin. Dalam keriuhan pagi itu, terdengar seorang ahli
falsafah Byzantine (Constantinople) mengucapkan:
"Tidaklah kami pernah melihat atau
mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi
lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.
Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander
The Great!
Selepas berjayanya
membawa kapal-kapal memasuki Tanjung Emas, Tentera Islam mendapat seakan mendapat
suntikan semangat baru. Ledakan meriam dan serangan dilancarkan siang dan
malam.
Tentera-tentera bantuan dari eropah lari ketakutan apabila tembakan meriam
memusnahkan salah satu kapal dagang di Tanjung Emas. Mereka lari dari medan
perang melalui kota Gala . Dalam keriuhan kota Constantinople dengan
peperangan, penduduk telah menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek
terowong bawah tanah untuk masuk ke pusat kota. Kegelisahan dan ketakutan
melanda semua penduduk sehinggakan mereka curiga dengan tapak kaki sendiri .
Mereka merasakan bahawa tentera Islam boleh keluar bila-bila masa dari tanah.
Dengan keadaan berpihak pada Tentera
Islam , Sultan Muhammad sekali lagi telah mengutuskan seorang utusan untuk
menawarkan pada Pemerintah Constantinople agar menyerahkan kota Constantinople
dengan aman, namun Pemerintah Constantinople enggan. Balasnya :
"…Syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima
pembayaran jizyah. Akan tetapi aku bersumpah untuk terus bertahan hingga ke
akhir hayat demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!
Mendengar balasan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh berkata:
"Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama
ada takhta atau
keranda...!".
Hari itu,29
Mei 1453M,
Serangan utama
dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir
kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di
kemuncak ketakutan mereka
pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani
menyerbu tentera
salib di kota itu. Ketika itu, Laungan takbir seolah-olah menjadikan Tentera
Islam seakan-akan singa dimedan perang. Hujan panah pula sungguh hebat .Tentera
Islam berjaya menembusi kota pada bahagian pintu Edirne dan mereka berjaya
mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyah dipuncak kota .
Apabila melihat keadaan itu,
Pemerintah Constantinople berasa berputus asa lalu menanggalkan pakaian
maharajanya agar tidak dikenali dan cuba melarikan diri. Namun, dia menemui
ajalnya tak lama kemudian. Berita kematian pemerintah Constantinople tersebar
luas.Tentera Constantinople makin lemah dan hilang arah selepas mengetahui
kematian pemerintah mereka lantas mereka menyerah kalah. Hari itu,setelah
bertempur selama 53 hari , Tentera uthmaniyah berjaya menawan kota
Constantinople.
Majoriti penduduk
Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad
Al-Fateh berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada
penduduk Costantinople . Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang
ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan.
Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bila mana beliau menghampiri
pintu. Salah seorang paderi telah
membuka pintu gereja, dan Sultan Muhammad Al-Fateh meminta beliau supaya
menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi , ramai yang keluar dari
tempat persembunyian masing-masing bahkan ada dikalangan paderi yang terus
menyatakan keislaman mereka. Kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan
agar gereja itu ditukar menjadi masjid.
“Nama
constantinople pula ditukar kepada Islam Bol bermaksud Bandar Islam .”
Pada kali pertama solat Jumaat
hendak didirikan selepas kemenangan keatas Constantinople, timbul pertanyaan
siapa yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya,
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan
solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka
pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga
ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila
duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh
sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib
dan Solat Tahajjud sejak baligh...
“Subhanallah..
hebatnya Sultan Muhammad Al-Fateh.”
Begitulah kehebatan umat islam zaman dahulu..Tidak hairanlah mereka dapat
menakluk dunia.
Bukan kerana fizikal ,strategi dan kepandaian mereka sahaja, malah rohani dan
iman mereka cukup hebat..cuba kita minta pada komuniti kita hari ini siapa yang
pernah meninggalkan solat fardhu sejak baghligh walau sekali untuk
duduk...nescaya hampir semua duduk..